KELEBIHAN PELAN BONUS & INSENTIF GE

 

Apabila anda menyertai Gano Excel (GE), anda bakal menikmati pelbagai keuntungan dari segi kewangan, pangkat dan insentif yang ditawarkan oleh pemasaran GE yang mantap. Komitmen anda dan kerjasama berkumpulan (teamwork) adalah kunci segala kejayaan.

 

Langkah Pertama : Anda bermula dengan pelaburan menjadi AHLI sebanyak RM40.00. Keahlian anda adalah untuk seumur hidup.

 

Langkah Kedua : Sebaik menjadi ahli, anda adalah pengedar GE, dan memasarkan produk-produk berkualiti GE. Terdapat lebih 40 jenis produk GE. Produk GE terdiri daripada makanan kesihatan, minuman kesihatan, penjagaan diri, dan penjagaan kulit.

 

Sebaik sahaja anda membuat jualan, anda boleh menikmati keuntungan runcit sehingga 20% bagi setiap produk. Lebih banyak anda menjual, lebih banyak keuntungan yang bakal anda perolehi. Anda juga boleh mendapat Bonus Kumpulan (6% hingga 25%) apabila anda menaja ahli baru untuk melebarkan rangkaian anda.

 

Anda juga akan memperolehi Point Value (PV) bagi setiap jualan (atau untuk kegunaan sendiri) yang dibuat. Sebagai pengedar anda hanya perlu mencapai Jualan Peribadi (PPV) yang rendah iaitu 85 PPV. Anda boleh memilih untuk Plan Pemasaran 85PV, 200PV ataupun 300PV bagi rangkaian atau jaringan yang akan anda bina melalui penajaan AHLI BARU.

 

Pada peringkat awal, anda telah dapat memperolehi keuntungan bersih, PV dan jika anda menaja AHLI BARU, anda akan mendapat BONUS KUMPULAN. PV anda setiap bulan akan dikumpulkan ke bulan berikutnya dan seterusnya. PV kumpulan anda juga akan dikumpulkan dan diambil kira sebagai GPV (Group Point Value) iaitu Jumlah Seluruh Kumpulan Anda untuk anda mendapat Bonus Kumpulan bagi bulan tersebut.


<<< back | next >>>

Kelebihan Pelan Bonus dan Insentif Gano Excel
Semudah ABC
Bagaimana memperolehi pendapatan yang lebih
Apa itu Bonus Kemajuan
Insentif Motorsikal
Insentif Kereta
Kenali mereka yang telah berjaya
Konsep ABC + D
Adakah anda malu untuk berjaya?
 

© 2006 WebMaster myGano*Excel